Tuesday, July 22, 2008

Pindaan AUKU Di Bentang


Rang Undang-Undang Pindaan AUKU telah dibentangkan di Parlimen pada 17 Julai yang lalu. Pada mula-mula ianya seolah-olah sesuatu yang mengembirakan buat mahasiswa. Namun, apabila diperhatikan mengenai cadangan pindaan tersebut ia kebanyakkan hanya menyentuh sekitar pentadbiran universiti dan kuasa yang diberikan kepada pentadbiran serta menteri yang terlibat melalui 28 pindaan AUKU.

Pindaan tersebut nampaknya tidak menyentuh beberapa seksyen yang agak kritikal yang menyekat kebebasan para mahasiswa untuk berpersatuan serta untuk bersuara. Pada pelbagai kumpulan dan organisasi telah mengemukakan memorandum meminta supaya pihak kerajaan memansuhkan atau meminda seksyen tersebut bagi memberikan ruang kepada mahasiswa untuk memperkembangkan ilmu yang telah mereka pelajari di universiti dalam ruang kemasyarakatan.

Nampaknya pihak kerajaan masih tidak mahu memberikan peluang tersebut kepada mahasiswa. Tapi sebaliknya sekira mahasiswa tidak peka dengan keadaan masyarakat, maka mahasiswa pula dituduh sebagai bejat. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sepatutnya universiti dijadikan tempat mahasiswa untuk belajar serta mempraktikkan ilmu mereka serta merealisasikannya dalam masyarakat. Sekiranya mahasiswa tidak diberikan peluang sebegitu, mana mungkin mahasiswa selaku pemimpin masa depan dapat mengurus tadbir negara kita dengan sebaik-baiknya.

Adakah anda mempunyai pendapat lain?


No comments: