Sunday, September 27, 2009

Majlis Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan Bersama Tok Guru MB


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sebahagian 2,000 mahasiswa Kelantan pada majlis Hari Raya Aidilfitri di Balai Islam, Kota Bharu semalam.

Tahniah kepada semua yang menjayakan Majlis Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan bersama Tok Guru pada raya ke tiga tahun ni anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK)! dan semua yang menjayakan program .

Nampaknya sambutan tahun ni lebih meriah dan lebih besar berbanding tahun2 sebelumnya, dinggarkan hampir 2000 org memenenuhi Dewan Besar Balai Islam Lundang.

Alhamdulillah moga2 program seperti ini dapat diteruskan sentiasa & secara tidak langsung ia menjadi titik tolak MSK untuk mendekati mahasiswa Kelantan secara amnya.

Terima kasih kepada semua, terutamanya ajk2 program yang bertungkus lumus siang & malam, senior2 MSK yang banyak memberikan sokongan padu semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dan semua yang hadir.

Semoga segala usaha dan penat lelah kita semua mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Amin.

Moga2 tradisi kecemerlangan dapat diteruskan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Markaz Siswazah Kelantan

Berikut adalah gambar yang diterbitkan oleh Akhbar KOSMO.

Keceriaan rumah terbuka


PENDUDUK Kampung Seri Tanjung, Muar mengadakan majlis Marhaban sempena Aidilfitri sekali gus mengadakan rumah terbuka di rumah seorang penduduk semalam.


MERIAH. Itulah yang dapat disimpulkan dalam setiap majlis rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Wajah-wajah ceria jelas terpancar walaupun dalam suasana yang sibuk. Selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan, apa yang penting, inilah masanya untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pengunjung.


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sebahagian 2,000 mahasiswa Kelantan pada majlis Hari Raya Aidilfitri di Balai Islam, Kota Bharu semalam.



BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan semalam.



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berbual dengan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Bukit Marak, Kota Bharu semalam.



MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bersama keluarga meraikan kehadiran tetamu pada majlis rumah terbuka di rumahnya di Sungai Mati, Ledang, Muar semalam.

2 comments:

infoperdana said...

salam...kalu blh..bbuh bbanyok la gambar mesra aidilfitri MSK bersama Tok Guru tu...kmi nk tgk....

munadib said...

gambar2 dalam proses..harap bersabar..

syam, terima kasih di atas posting ini..