Monday, November 23, 2009

Misi Banjir BRIGED BANJIR MSK 2009

Alhamdulillah Briged Banjir MSK berjaya dirasmikan pada Sabtu lepas, 21 November 2009/ 4 Zulhijjah 1430H, di Perdana Resort, PCB. Program ini adalah anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dalam menangani krisis bencana alam dan memupuk semangat belia/beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini Briged Banjir MSK mempunyai keahlian seramai 300 orang siap siaga bagi membantu Jabatan AMAL, NISA, Kerajaan Negeri dll. Sukarelawan akan dipecahkan mengikut lokasi daerah masing-masing dan dikordinasikan oleh Penyelia Briged Banjir MSK di peringkat Daerah, Jabatan Amal Daerah dan Nisa Daerah masing-masing.

Ia bagi memastikan bencana yang melanda Kelantan pada kali ini dapat ditanggani dengan berkesan, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti permindahan mangsa-mangsa banjir, penyampaian sumbangan, gotong royong membersihkan tempat kediaman, memberikan khidmat kesihatan-motivasi-akademik dan sebagainya lagi.

Di Kelantan seramai 3714 orang mangsa banjir gelombang ke 2 telah dipindahkan, dan dijangkakan ia akan terus meningkat kesan daripada peningkatan paras air melebihi paras bahaya di berberapa sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Lebir.

Kesannya kini berberapa daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi banjir Gelombang Ke 3. Daripada maklumat yang diperolehi (terkini) daripada Bilik Gerakan Banjir Negeri, 6 buah daerah yang terlibat iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Machang dan Kota Bharu.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai SUKARELAWAN Misi BRIGED BANJIR MSK bolehlah mendaftarkan nama dengan Sdr Asyraf (014-8158293) dan Sdri Wan Afifah (013-3067120) dengan menyertakan sekali Nama, Alamat, IC dan Daerah. Untuk mendapatkan maklumat tentang banjir di Kelantan bolehlah layari www.ebanjir.kelantan.gov.com.my.

Semalam berberapa sukarelawan telah dihantar bagi meninjau keadaan banjir di Daerah Pasir Mas dan Tumpat. Berberapa gambar-gambar semasa banjir disertakan untuk maklumat bersama. Untuk maklumat lanjut tentang MSK, bolehlah melayari: www.markazsiswazahkelantan.blogspot.com

Sebahagian pasukan Briged Banjir MSK bergambar bersama YB Mejar Anizam Abd Rahman, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berkebetulan berjumpa dengan kami sewaktu mengadakan tinjaun banjir di Rantau Panjang.

Keadaan banjir teruk di Tumpat.

Sekolah yang tengelam, dimana padang bola sudah jadi mcm kolam renang
Masjid terapung or Masjid Beijing ?
Air di Rantau Panjang
Paras air di Tumpat, lihatlah hujung (jalan)... bergitu jauhnya jarak air.
Rumah yang tengelam banjir

Paras air Sungai Kelantan, diatas Jambatan Pasir Mas yang sudah melimpah.

No comments: