Sunday, April 10, 2011

Himpunan Mahasiswa Kelantan 2011 (HAMKA'11)






Alhamdulillah, pada 9 April 2011 bersamaan 6 Jamadil Awal 1432 Hijrah, satu majlis dengan nama Himpunan Mahasiswa Kelantan 2011 (HAMKA '11) telah selamat berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Himpunan ini diadakan hasil cetusan idea Tuan Guru Menteri Besar sendiri untuk bertemu mata dan berinteraksi bersama dengan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut di Universiti di sekitar Klang. Himpunan ini mendapat sambutan yang menggalakkan hasil penyertaan mahasiswa/i Kelantan dari pelbagai IPTA/IPTS seperti UITM, UM, UKM, USM, UPSI, UIA, UPM, UTM dan tidak ketinggalan juga penyertaan anak Kelantan yang belajar di UTM Skudai, Johor.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang himpunan ini berlangsung ialah bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin dan Tahlil, serta Solat Hajat Sempena Peperiksaan yang dipandui oleh YB Abdul Fattah Mahmood selaku EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, seterusnya diteruskan dengan ucapan serta interaksi mahasiswa bersama Tuan Guru Menteri Besar berkenaan isu semasa Kerajaan Kelantan dan juga perkembangan kehidupan kampus. Antaranya berkenaan hasrat kerajaan Kelantan untuk mengekalkan pemerintahan dan menyeru semua para mahasiswa Kelantan agar dapat bersama kerajaan Negeri untuk mempertahankan kerajaan yang memerintah dengan penerapan nila-nilai islam.

YB Hj. Fatah juga turut mengupas berkenaan isu Bazar Tok Guru yang tengah hangat dimomokkan oleh segelintir pihak selain perkembangan berkenaan rancangan untuk mewujudkan anugerah Ikon Mahasiswa pada masa akan datang serta perkembangan sukan Negeri Kelantan.

Pihak kerajaan Kelantan juga menyeru semua mahasiswa/i agar selalu peka tentang isu semasa dan menjadi ejen penerangan kerajaan negeri disamping terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan gerak kerja dakwah di peringkat negeri Kelantan.


YB Hj. Abdul Fatah Harun dan Presiden Markaz Siswazah Kelantan turut hadir menyerikan majlis yang julung kali diadakan ini.

Akhir kata, ingatlah pesanan Tuan Guru kepada semua mahasiswa/i Kelantan : `Gunakan ilmu yang dipelajari,untuk khidmat kepada agama`. Semoga kita semua terus thabat bersama Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru dan barisan EXCO beliau yang lain.

No comments: