Tuesday, September 6, 2011

Selamat maju jaya buat Mahasiswa/i Kelantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua mahasiswa/i sekalian.


Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua Mahasiswa/i. Dikesempatan ini juga, Kami dari Markaz Siswazah Kelantan(MSK) ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda semua kerana dapat melanjutkan pengajian ke menara gading yang merupakan impian bagi seorang pelajar.

Sahabat sekalian,

Sedar atau tidak, sebenarnya bukan mudah untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, ini kerana kita terpaksa menghadapi berbagai-bagai cabaran dan mehnah dalam belajar, ada dikalangan kita mengulangkaji pelajaran lebih awal, ada juga yang belajar disaat akhir, dan tidak kurang juga ada dikalangan kita sanggup berjaga malam untuk belajar. Berkat kesabaran & kegigihan, usaha, doa dan tawakal padaNya kita dapat melangkah setapak kehadapan dalam menjadi seorang yang bergelar intelektualan. Jangan kita lupa bersyukur atas nikmat kejayaan ini.

Mahasiswa/i sekalian,

Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 11 yang bermaksud "Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana".. Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang berilmu akan dipandang mulia disisi Allah dan kedudukan orang yang berilmu juga diangkat dan diletakkan ditempat yang tinggi. Firman Allah yang berbunyi "Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan" (Surah al-Mujadalah ayat 11). Selain itu, mereka yang berpengetahuan tinggi juga akan mendapat penghormatan dari masyarakat luar sana, ini kerana mereka yang berpengetahuan lebih berhak memandu dan mengarahkan menusia kearah kebaikan berbanding mereka yang jahil atau tidak berpengetahuan. Mahasiswa/i kini harus lebih kehadapan dalam mencari ilmu sebanyak mungkin lebih-lebih lagi dalam ilmu agama yang merupakan ilmu asas dalam pembentukan manusia kepada agama Islam dan tidak dinafikan juga ilmu-ilmu lain sebagai ilmu fardu kifayah yang harus dituntut umat Islam.

Suka saya membawa hadith nabi yang berbunyi "Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" (Hadith Muslim). Penulis juga merupakan seorang penuntut di Universiti sebelum ini, dalam menjalani kehidupan mahasiswa/i yang semakin tercabar dan dunia tanpa sempadan ini, seharusnya mahsiswa/i melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu dan mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. Disana terdapat berbagai ragam manusia dan mahasiswa/i seharusnya melengkapkan diri bagi menghadapainya. Saya juga ingin mengingatkan bahawa kehidupan di alam kampus berbeza seperti mana yang kita rasai di alam persekolah, ini kerana di zaman sekolah, pelajar dibekalkan dengan nota, buku dan guru memberi tunjuk ajar, tetapi berlainan di alam kampus pelajar sendiri yang mencari nota, mencari pensyarah dan sebaginya. Dikala ini sahabat haruslah mempunyai kawan@ sahabat yang boleh membantu dalam menyelesian masalah yang timbul. Ingatlah suasana dan cabaran dalam belajar ini dapat mematangkan diri kita dan memberi ruang untuk mendisplinkan diri sendiri.

Mahasiswa & kehidupan kampus

Kehidupan di Universiti adalah tempat kita mengaut beberapa butir permata yang ahirnya kita dapat melaburkan apabila kita sudah berjaya mendapat ijazah nanti. Gunalah masa dan peluang yang dianugerahkan ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu. Gunakan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah dan memberi sumbangan kepada diri sendiri dan orang lain. Mahasiswa/i kini bukan hanya menjadi "ulat buku" yang hanya 'tidur berselimutkan buku' tetapi menjadi mahasiwa/i yang pasif untuk mencari ruang yang ada untuk membangunkan diri dan orang lain. Nabi saw bersabda " Sebaik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain". Tidak dinafikan ilmu @ buku sesuatu yang penting, namun seimbangan antara akademik dan berpersatuan agar kita menjadi mahasiswa/i yang matang dari segi pemikiran dan gerak kerja akan datang.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah & syabas sekali lagi atas kejayaan anda semua dalam menjadi manusia yang bergelar harapan dan akan membangunkan agama, negara dan bangsa. Anda adalah wira yang akan menyambung perjuangan akan datang dan seharusnya golongan inilah yang boleh diharapkan agar negara akan menjadi makmur dan aman sentiasa. InsyAllah. Kami dari Saff kepimpinan MSK ingin mengucapkan selamat Maju jaya dan tanamkan azam untuk berbakti untuk agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Penulis adalah,
Lajnah Penerangan & ICT Baru
Markaz Siswazah Kelantan(MSK 2011-2013)

No comments: