Apabila
Kelantan mengistiharkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan membina
sendiri lebuh raya yang akan menghubungkan Kota Bahru dan Kuala Krai
maka pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap cita-cita
besar tersebut.
Lebuh
raya yang bakal menelan belanja sehingga mencecah lebih daripada RM 1
billion itu dilihat sebagai usaha PAS di Kelantan untuk meraih simpati
pengundi-pengundi di negeri Serambi Mekah itu terus mengekalkan PAS
sebagai pemerintah.
Lebuh
raya sepanjang 77 km itu yang bakal beroperasi tanpa tol nanti
diperlekeh oleh kepimpinan Umno khususnya di Kelantan kerana bersangka
buruk bahawa lebuh raya tersebut diwar-warkan oleh PAS untuk meraih
sokongan daripada pengundi. Bagi saya, itu adalah tanggungjawab
pemerintah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyatnya. Lagipun,
lebuh raya tersebut sepatutnya telah lama dibina di lokasi tersebut
tetapi disebabkan hati busuk kepimpinan Umno telah dengan sengaja
melewatkan projek yang bermanfaat kepada rakyat.
Projek
lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di negeri Kelantan telah diluluskan
semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 (1986-1990) dan sekali lagi diluluskan
di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke hari ini masih
belum dilaksanakan. Bermakna, kerajaan Pusat telah pun menyedari bahawa
lebuh raya tersebut sangat penting untuk rakyat di Kelantan, justeru
mengapa ditangguhkan sejak sekian lama? Saya berani untuk menyatakan di
sini bahawa ia berlaku kerana berdasarkan kepentingan politik Umno.
Sebab itu, tidaklah menjadi satu kehairanan mengapa kerajaan Kelantan diperlekeh dalam usaha yang murni ini. Saya tertunggu-tunggu jika ada menteri yang akan membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat sebenarnya 'sekadar menguji' kerajaan Kelantan sama ada mampu untuk membina lebuh raya sendiri atau tidak seperti mana Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan yang sama apabila pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ditangguhkan sebelum daripada ini.
Sebab itu, tidaklah menjadi satu kehairanan mengapa kerajaan Kelantan diperlekeh dalam usaha yang murni ini. Saya tertunggu-tunggu jika ada menteri yang akan membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat sebenarnya 'sekadar menguji' kerajaan Kelantan sama ada mampu untuk membina lebuh raya sendiri atau tidak seperti mana Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan yang sama apabila pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ditangguhkan sebelum daripada ini.
Sebelum
itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed percaya bahawa cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai
mengikut realiti semasa dan percaya bahawa ia adalah gimik politik
semata-mata kerana beliau tidak percaya bahawa dengan hanya bergantung
kepada dana yang dikutip daripada rakyat walaupun tempoh berpuluh tahun
lagi pun tidak akan tercapai hasrat tersebut.
Begitu
juga dengan kenyataan daripada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan, Datuk Noorzahidi Omar yang menganggap bahawa projek lebuh
raya rakyat ini akan menjadi satu lagi projek yang bakal disenaraikan
sebagai projek gagal. Projek yang mengharapkan wang ikhsan derma rakyat
ini ibarat satu lagi harapan palsu kepada rakyat di negeri itu. Beliau
juga percaya bahawa ia adalah projek gimik pilihan raya semata.
Apabila
menyebut tentang lebuh raya rakyat maka saya teringat tentang sebuah
kisah silam ketika saya masih bersekolah di STAR, Ipoh dalam tingkatan
empat ketika itu. Tahun 1989 menyaksikan bahawa Malaysia menjadi Tuan
Rumah kepada temasya Sukan SEA dan Ipoh menjadi tuan rumah kepada acara
Lumba Basikal dan Bola Tampar. Sebuah Velodrome diperlukan pada ketika
itu dan Presiden Lumba Basikal Perak, Datuk Seri Darshan Singh yang
telah memulakan projek pembinaan velodrome tersebut sejak tahun 1986
telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat tersebut pada
tahun 1989 dengan kos sebanyak RM 3.25 juta.
Media
massa memberikan ruang yang secukupnya untuk mempromosikan projek
Velodrome Rakyat dengan merangsang rakyat untuk sama-sama mengeluarkan
tabungan masing-masing . Malah, agensi kerajaan serta premis kerajaan
yang lain termasuklah sekolah menjalankan kutipan dana secara
besar-besaran untuk memastikan projek tersebut Berjaya.
Projek rakyat yang mendapat restu dan sokongan daripada Sultan Azlan Shah itu telah berjaya mengangkat martabat rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk membina sebuah velodrome yang sebenarnya hanya digunakan oleh sebahagian kecil rakyat Malaysia. Itu projek membina velodrome rakyat, inikan lagi projek lebuh raya rakyat yang bukan sahaja bakal memberikan keselesaan kepada penduduk di Kota Bahru dan Kuala Krai malah kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Bermakna, jika semua pihak sanggup berkerjasama untuk menjayakan projek yang dilancarkan oleh MB Kelantan ini maka saya percaya ia dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Di atas rasa tanggungjawab ini maka saya dan kepimpinan PAS di Kluang akan melancarkan Tabung Dana Lebuh Raya Rakyat KB-KK pada 22 Jun ini di Kluang dan akan disertai oleh Setiausaha Akhbar MB Kelantan iaitu Ustaz Fadli bin Shaari yang juga merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Saya
menggalakkan agar kepimpinan Kerajaan Kelantan dapat turun ke setiap
negeri untuk merealisasikan harapan ini. Pimpinan PAS kawasan-kawasan
juga perlu mengambil inisiatif tersendiri dan mengikut kekreatifan
masing-masing.
Ingatlah kepada Firman Allah,
"Wahai
orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian
dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu senghaja memilih yang
buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk
itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata
padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa
Terpuji.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 267)
FirmanNya lagi,
“Kamu
tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu
sayangi.”
(Surah Ali ‘Imraan, ayat 92)
Mudah-mudah Allah memberikan kekuatan kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk menunaikan impian dan harapzn rakyat ini.
credit to siasahkini
No comments:
Post a Comment