Sunday, August 3, 2008

AUKU: Pelajar dibenar berpolitik

Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.

Sumber: Malaysiakini.com.

2 comments:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah said...

Setakat ini, cadangan pindaan tersebut hanya melibatkan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (Ph.D) sahaja. Manakala mahasiswa yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda (B.A) masih lagi terikat tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana pertubuhan politik.

ShamGz _ Nimz said...

bergitu rupanya, lawat betul menteri KPT baru.. agak2nya kena tukar menteri baru kot.