Tuesday, August 5, 2008

Herald-The Catholic Weekly.


Pihak Kristian di negara ini telah membuat satu permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantikan perkataan 'God' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly dengan perkataan 'ALLAH'. Mereka mendakwa bahawa perkataan 'God' dalam Bible juga bermaksud 'ALLAH'. Apatah lagi sekiranya Bible tersebut dalam bahasa Arab atau Indonesia.

Semalam, lapan Majlis Agama Islam Negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Majlis Agama Negeri Johor (Maij), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Maik) dan Majlis Agama Islam Melaka sebagai pencelah bagi kes saman Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur berhubung penggunaan nama 'Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.

Maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh mendapatkannya disini. Manakala pihak Jakim telah membuat kajian yang bertajuk Allah: Bukan Bahasa Bible sebagai jawapan dan penjelasan terhadap dakwaan dan dakyah pihak Kristian tersebut. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH agar segala perancangan jahat mereka itu gagal.


No comments: