Wednesday, August 13, 2008

PTPTN : Caj Hanya 1%


Saya berpendapat bahawa pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi mengenai kadar caj baru PTPTN hanyalah sebanyak 1% sahaja telah membuatkan ramai para mahasiswa berasa lega. Sekurang-kurangnya pengurangan caj tersebut menunjukkan pihak kerajaan agak mengambil berat mengenai situasi mahasiswa pada masa sekarang.

Tidak semua mahasiswa yang telah menamatkan pengajian berjaya mendapat pekerjaan. Bahkan berapa ramai mahasiswa yang masih menganggur tanpa sebarang pekerjaan atau kerja tetap walaupun telah lama menamatkan pengajian mereka lalu dibebani dengan tanggungjawab untuk membayar pinjaman pengajian mereka.

Saya sendiri sebelum ini agak terbeban untuk membayar pinjaman pengajian tersebut, namun setelah pengumuman tersebut dibuat terasa lapang dada dan syukur dipanjatkan kerana sedikit beban telah dikurangkan Tuhan keatas saya dan para mahasiswa yang lain.


No comments: