Wednesday, August 20, 2008

Tamatnya Sebuah Legasi

Semalam sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan satu perhimpunan bagi menyokong Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang membantah penyeragaman jubah konvokesyen UIAM dengan universiti lain. Dahulunya pakaian konvo UIAM amat unik sekali dan mempunyai identiti tersendiri jika hendak dibandingkan dengan universiti lain. Satu-satunya universiti yang menggunakan songkok khas bagi pelajar lelaki dan tudung khas bagi pelajar perempuan sebagai salah satu pakaian istiadat konvokesyen. Saya rasa, UIAM merupakan satu-satunya universiti dalam dunia ini yang memberikan songkok dan tudung khas beridentitikan UIAM kepada pelajarnya sewaktu kovokesyen.

Namun, pihak pentadbiran UIAM akan menggunakan pakaian isatiadat baru bermula pada majlis konvokesyen yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Warna jubah yang telah diubah manakala songkok dan tudung khas telah ditukarkan kepada topi keras empat segi sama seperti universiti lain. Apalah yang salahnya pada songkok dan tudung khas UIA itu sehingga perlu ditukarkan kepada topi keras empat segi?

Pada pendapat saya, kita tidak perlu menukar identiti kita yang unik selagi mana ianya tidak menghalang kita untuk menapak lebih jauh dalam mencapai kecemerlangan. Itulah keunikan UIA yang amat saya banggakan itu. Saya percaya, tentu ramai kawan-kawan bekas warga UIAM dulu akan turut rasa seperti saya rasakan ini. Betapa identiti unik UIAM yang kita banggakan dahulu kini sudah tiada.

Maka tamatlah sudah riwayat sebuah legasi. Atau mungkin anda mempunyai pendapat lain?



No comments: