Kementerian Pelajaran akan menyiasat penggunaan klip video 'Sajak Kematian' pada sesi pengajaran bagi murid Tahun Satu dan Dua, sebelum sebarang tindakan mengenainya diambil, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau yang tidak bersetuju dengan pendekatan menakut-nakutkan pelajar sebagai satu kaedah pembelajaran berkata, ia tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pelajar. "Saya sungguh tidak bersetuju kerana pendekatan kita dalam pendidikan hendaklah secara berhemah kerana pendekatan secara menakut-nakutkan lebih-lebih lagi kepada anak pada usia muda tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar Asean (Asep) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini, semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.
Saya tidak pasti sejauh mana kefahaman masyarakat terutama umat Islam sendiri mengenai sistem tarbiyah bagi anak-anak. Padahal telah banyak buku-buku dan kitab-kitab yang ditulis oleh pakar mengenai pentarbiyahan anak-anak. Kenapa kita lebih takut anak-anak ketakutan melihat klip video 'Sajak Kematian' tersebut berbanding dengan filem-filem seram seperti Orang Minyak, Pontianak Harum Sundal Malam, Jangan Pandang Belakang dan banyak lagi.
Saya rasa, ibu bapa yang takut untuk melihat klip video tersebut dan bukannya anak-anak mereka. Apa pendapat anda?
Untuk lebih jelas perbincangan sila baca Sajak Kematian.
No comments:
Post a Comment