Selepas selesai proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tengahari ini, kumpulan pro-mahasiswa mendakwa menang tanpa bertanding di empat daripada 23 kerusi fakulti.
Kemenangan tersebut ialah masing-masing di dua kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan dua lagi di Fakulti Pengajian Islam.
Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.
Menurut seorang calon kumpulan itu, Mohd Hariszuan Jaharudin, kemenangan awal itu diumumkan Hal Ehwal Pelajar (HEP) - yang mengendalikan pilihanraya kampus itu - selepas selesai sesi bantahan kira-kira 12.45 tengahari tadi.
Hariszuan yang juga calon Pro-mahasiswa bagi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata, kemenangan itu dicapai apabila pihak lawan pro-Aspirasi gagal mengemukakan calon di dua kerusi Fakulti Kejuruteraan dan sebuah kerusi di Fakulti Pengajian Islam.
Usaha Malaysiakini mendapatkan komen dan pengesahan daripada pihak universiti berkenaan setakat ini belum berhasil.
Sementara itu, di Dataran Pusanika berdekatan pejabat pentadbiran universiti - tempat penamaan calon bagi kerusi umum dijalankan - suanana dibayangi warna merah jambu.
Seorang aktivis Pro-Mahasiswa, Saidatul Hafizah Mohd Shubaii berkata, 200 penyokong kumpulan itu yang berpakaian warna merah jambu berarak pagi tadi dari Stadium UKM ke Dataran Pusanika sebelum penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi.
Laung slogan
Menurutnya lagi, mereka berarak kira-kira 100 meter sambil melaungkan slogan "student power", "we unite for student" dan menyanyikan lagu "Gelombang Mahasiswa".
Hampir seratus penyokong Pro-Aspirasi sedia menunggu di sana, kata beliau yang juga Timbalan exco dakwah dan siasah, Persatuan Mahasiswa Islam UKM (PMUKM).
Penamaan calon bagi pilihanraya kampus di UKM bermula jam 9 pagi tadi dan berakhir kira-kira 12:45 tengahari.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu yang dibubarkan Oktober tahun lalu, akan diisi apabila tamat pengundian pada 15 Januari depan. Keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama.
Sebagai kampus utama di Lembah Klang, pilihanraya di UKM sentiasa menjadi tumpuan ramai bagi melihat pengaruh kerajaan di universiti melalui kumpulan Pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan dan Pro-mahasiswa yang bersikap sebaliknya.
Selain UKM, pilihanraya kampus bagi memilih MPP di Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibubaskan semalam, juga akan diadakan pada 15 Januari depan.
Manakala proses penamaan calonnya ditetapkan pada 12 Januari depan.

No comments:
Post a Comment